Tips Video

22 shot yang terbaik untuk diabadikan dalam Video Perkahwinan anda!

  1. Persalinan pengantin perempuan / pengantin lelaki dan pengapit.
  2. Exterior masjid/tempat berlangsungnya majlis nikah/bersanding.
  3. Sekitar majlis berlangsung.
  4. Akad nikah, lafaz taklik oleh pengantin lelaki dan acara membatalkan air sembahyang.
  5. Pergerakan pengantin semasa ketibaan ke majlis. Sebaiknya shot ini diambil menggunakan 2 kamera (multi-cam). Satu di dalam masjid/dewan (statik+tripod) yang memperlihatkan suasana tetamu yang hendak melihat kedatangan pengantin. Satu lagi kamera diusung oleh juruvideo dan mengikut pergerakan pengantin masuk ke dalam tempat acara.
  6. Perkara/aktiviti yang istimewa di dalam acara seperti nyanyian hiburan, meja makan beradab, persiapan pelamin dan peralatan yang disediakan.
  7. Reaksi spontan pengantin lelaki dan perempuan.
  8. Kedudukan juruvideo bersamaan dengan posisi formal jurufoto.
  9. Jika boleh, dapatkan shot sewaktu akad nikah dan menyarung cincin. dapatkan shot jarak dekat aktiviti tersebut.
  10. Pergerakan pulang hadirin yang ada dari masjid ke tempat majlis seterusnya.
  11. Pergerakan ke tempat resepsi (ianya memerlukan pergerakan yang pantas dan mendahului pengantin).
  12. Pengantin lelaki masuk menuju ke pelamin/ kedua mempelai berarak ke pelamin.
  13. Acara merenjis oleh pihak pengantin perempuan / lelaki
  14. Acara potong kek.
  15. ketibaan tetamu VIP (jika ada).
  16. Acara istimewa lain (berinai / persalinan / khatam Quran).
  17. Temuramah dengan para tetamu.
  18. Temuramah kedua mempelai.
  19. Cutaways – kek, hadiah, gubahan bunga, hiasan pelamin, hiasan meja makan, makanan yang dihidang, DJ atau kugiran, dan sebagainya. Dapatkan shot lain seperti pemberitahuan oleh juruacara, napkin di atas meja pengantin, dll.
  20. Pose pengantin di atas pelamin, sewaktu makan beradab, memotong kek dan pengantin bersalaman dengan para tetamu.
  21. Candid / ekspresi santai oleh kedua mempelai sewaktu menerima ucapan tahniah dari tetamu.
  22. Acara penutup majlis (cth; lakonan mempelai melambai tangan dengan senyuman / menaiki kenderaan dan melambai tangan sambil berlalu pergi).

Headlines

This site is protected by WP-CopyRightPro