Project: Video for Wedding Ceremony
Client: Amar & Nana
Location: Saujana Impian, Kajang

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, saya dapat siapkan trailer untuk pasangan Amar & Nana. Full-versionnya masih dalam pengeditan. Layan klip ini dulu. Ini kira first promolah, sebab ada beberapa shot yang saya tak masukkan dalam klip ini. Maybe saya akan buat satu lagi klip dengan lagu yang rancak sedikit. Versi ni “slow-mo” sikit… jom layan!

Outdoor session di Taman Tasik Taiping dan Kuala Perlis. Saya adaptasikan sesi fotografi kepada klip video.

Ada sesuatu yang menarik dalam klip ini, di mana pasangan pengantin ini sanggup memanjat dahan yang berjuntai di atas permukaan tasik. Jangan lupa tengok di bonus track di akhir video. To Hafiz & Nur Pesona, kredit la untuk korang sebab berjaya untuk kali kedua shooting di tempat tersebut.

Salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan, seripakis mempersembahkan Klip video Wira & Nurul – Episod 2. Jika berminat dengan hasil kerja kami, jangan malu dan segan untuk menelefon kami (Khairul) di 019-284 8084. :)

Atau ke youtube

Assalamualaikum…

12hb hingga 14hb merupakan perjalanan yang agak jauh. Ramai yang bercuti pulang ke kampung halaman. Saya pula bertugas menyempurnakan amanah pasangan Wira & Nurul di Bagan Serai, Perak dan Kuala Perlis. Memang menyeronokkan sebab banyak footages jurnal yang dapat saya rakamkan sepanjang tiga hari di sana. Banyak acara yang menarik dapat diabadikan, terutamanya semasa sessi outdoor di Taman Tasik Taiping. Hafiz Pesona telah membawa kami ke tempat yang agak mencabar iaitu di satu pohon yang dahannya berada di permukaan tasik. Kedua pasangan ini sanggup menerima cabaran untuk bergambar di atas dahan tersebut di mana risiko terjatuh ke dalam tasik amat besar sekali. Alhamdulillah, segala yang dirancang dapat disempurnakan. Tunggu klip tersebut ya!!!

Untuk kali ni, saya sediakan klip Episod 1 – Fitting dan makeover di Butik Anjung Amie. Pengalaman pertama juga bagi saya dapat membuat shooting dalam butik tersebut. Amie dan rakan-rakan pun memang sporting dan natural habis sepanjang penggambaran tersebut. So, enjoy klip ini dulu eh… see ya!

Atau klik Version YouTube

…bersambung.

Perjalanan kami diteruskan ke Jeriau Waterfall iaitu kira-kira 4km ke bawah dari Pekan Bukit Fraser tersebut. Perjalanan menuruni bukit yang mengelilingi lereng agak mencabar la juga. Tapi kami berpuas hati sebab berjaya sampai ke air terjun ini. Walaupun anak-anak saja yang berendam. Uniknya air terjun ini, kedudukannya yang terbalik. Kenapa saya kata begitu? Kalau kita ke Air Terjun Kota Tinggi atau Gunung Ledang, kira akan menaik ke atas untuk mendapatkan air terjun yang besar mencurah dari atas puncak. tetapi Jeriau Waterfall ini, kita mengikut aliran air dan ke bawah untuk sampai ke air terjunnya. Seolah-olah ada empangan besar yang menghadang aliran air tersebut dan mewujudkan air terjun. Cubalah ke sana…. best!

Client: Own Collection

Event: Trip to Fraser Hills

Venue: Kl-Fraser Hills

Job: Jalan-jalan cari makan

==========

Nantikan sambungannya – Part 2 (Jeriau Waterfall)

:)

Client: Anuar & Amira

Event: Majlis Resepsi

Venue: Concorde Hotel, Shah ALam

Job: Pakej Videography

=====

Salam semua, kali ni saya updatekan klip Majlis Persandingan Anuar & Amira. Majlis yang dibuat di Concord Hotel ini sangat meriah dan penuh dengan pelbagai aktiviti dan persembahan. Jom enjoy!

Majlis Resepsi Anuar & Amira

Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=f8zEq52JyYk

Facebook: http://www.facebook.com/video/video.php?v=1335152016157&saved#/video/video.php?v=1335152016157&ref=mf

Khairul;

This site is protected by WP-CopyRightPro