Salam. Seperti rutin jadual sesi foto-shoot kami, sebelum ada apa-apa event untuk masa akan datang… kami suka asah skill shoot dan editing ke atas 3 Rakyat dahulu. Di situlah kami buat try & error dari segi komposisi, pose, pencahayaan dan editing. Sambil-sambil tu, saya rajin surf pelbagai tutorial dan teknik di internet. Itu sebabnya gambar-gambar saya mempunyai kepelbagaian pencahayaan dan teknik. Sudah menjadi kebiasaan, sebagai seorang designer, eksplorasi tu menjadi amalan dan tidak statik kepada satu-satu teknik sahaja.
Buat masa ini Teknik Natural-Light/Direct-Light/Back-Light menjadi permainan saya. Di samping itu ilmu yang diperolehi oleh bapak Rarindra Prakasa begitu bermakna buat saya. Kini gaya editing saya banyak dipengaruhi semula oleh cara editing grafik designer dan bukan lagi gaya photographer. Ada perbezaan di situ. bagi mata orang biasa (yang tidak terlibat dengan proses) akan menganggap sesebuah gambar itu cantik atau tidak sahaja. Saya tidaklah memperjuangkan apa-apa, dan hasil kerja saya masih banyak yang perlu diperbaiki lagi. Apa pun, harap kalian enjoy dan nak tengok lagi dan lagi dan lagi dan lagi…




Gambar-gambar sisipan lain:
Petang 6.hb (Sabtu) yang lepas, selesai je dokumentasi Bengkel Rarindra Prakasa… saya pun bergegas pulang ke kampung. Esok dah janji dengan Mak Uda nak bincang tentang persiapan perkahwinan anak lelakinya, si Firdaus. Tak banyak yang dibincangkan. Setelah mendapat kata putus tentang tema, layout dan warna pilihan kad jemputan Firdaus, kami singgah pula ke rumah Jiha (client jugak). Jiha dan Hakim baru je menimang cahaya mata lelaki bernama Haziq Haiqal. Rasa masih baru lagi kami cover wedding diorang tahun lepas, tau-tau dah ada baby dah….
Sampai di sana, yang kami tuju dulu adalah si kecil tu. Kitorang (saya dan MamaWanZ) terus je buat demo si Haziq ni. Nasib juga dia belum tidur dan tidak meragam. Tapi angle-angle yang diperolehi masih belum memuaskan hati kami. Apa pun, teknik pencahayaan Rarindra sedikit sebanyak dipraktikkan juga sepanjang sesi foto dilakukan…






Sambungan rentetan gambar-gambar tempoh hari. Tak banyak nak upload shot dalam wetworld. Semua shot ini adalah dari Mama Wanz. Sebab dia tak bawak baju basahan masa tu, jadi tak berkubanglah dia…heee. Saya pun tak bawak baju extra pun masa tu. Terpaksalah korban sket beli “seluar kecik”. Takut anak-anak kempunan…. layan!








—
Ini cerita kedua untuk hari ini. Pada Ahad yang lepas, sebaik saja selesai membuat perhitungan dengan Client Ashrafi dan Azrina, kami anak beranak pun mengambil kesempatan untuk berguling-guling di kawasan tasik Shah Alam (depan PKNS). Takyah jauh-jauh nak pergi hutan. Pokok-pokok di sekitarnya pun cukup sempurna untuk sesi outdoor pada hari tersebut. Kitorang pun layan la 10-20 shot di area tu sebelum sesi main air sambil berkubang di Wetworld. (Tunggu gambar-gambar separuh bogel 3 rakyat dan masyarakat di sekitar kejadian. Huhuhu…)
Layan foto-foto 3 rakyat ni dulu yek!





Gambar-gambar sisipan lain:
24.02.2010 – Lepas je ambil 3 rakyat di Kota Warisan, kami pun terus menuju ke Wetland, Putrajaya. Tempat ni asalnya diperkenalkan oleh Paksu (Foto Impian) untuk satu majlis ringkas baru-baru ni. Tempat ni pun pernah diadaptasi oleh Si Zubaidah (rasanyalah) dari Eyes Of Grace. Memang tempat yang cantik, dengan landskap ala-ala tepi pantai… dengan bot-bot yang tersusun di gigi air, amat menambat hati saya dan Mama WanZ untuk membuat outdoor sessino di situ. Petang semalam cuaca sangat baik dan begitu membantu sesi penggambaran. Kami mempergunakan masa yang terhad untuk dapatkan gambar yang betul-betul cantik. Nasib baik juga mood Haikal (si Teddy Bear) memang baik dan banyak shot-shot yang saya rasakan sangat cantik kalau nak buat enLarge.
Kami berhabis sehingga jam 7.00 malam. Danial agak keletihan, maklumlah… balik je dari sekolah agama terus kena buat outdoor pulak. Dia pun dah malas nak follow untuk foto-session sejak akhir-akhir ni. Pemandangan sebelah petang di sini memang menarik. Dengan matahari terbenam yang kekuningan membuatkan tempat tersebut begitu romantik. Tambahan jika pada waktu tersebut sambil pekena teh tarik di restoran yang terdapat di situ… mavles!






Gambar-gambar sisipan lain:
20.02.2010 – Sepang, S.K Kota Warisan telah pun berjaya mengadakan sukan tahunannya di padang sekolah tersebut. Saya sebagai parent di mana anak saya turut menyertai acara tersebut mengucapkan syabas kepada pihak sekolah di atas kejayaan pihak sekolah mengadakan majlis tersebut dengan jayanya. Semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar khususnya dan para ibu bapa yang turut memenuhi padang begitu meriah sekali, walaupun cuaca panas.
Selaku pemerhati bebas, saya sukalah nak berkongsikan gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut berjalan. Diharap di tahun mendatang, komitmen dari seluruh warga S.K Kota Warisan dapat diteruskan dan bersama membina kecemerlangan anak-anak kita. Teringat masa zaman sekolah-sekolah dulu… hee! Enjoy…

