Hampir tiga bulan tak balik kampung. Konon sibuk sangat dengan job-job hujung minggu. Alhamdulillah, minggu lepas dapat la jugak ambil masa balik ke Sawah Ring, Muar (kg. Mama WanZ). Lepas deal semua apa yang patut tentang kad kahwin dan pakej foto anak Mak Uda, buat pula sesi foto untuk Haziq Haikal (anak buah terlatest). Tak ketinggalan, 3 rakyat turut berposing sakan. Kali ni foto-shoot banyak di buat di bawah pokok, sebab cuaca yang kering dan panas. Ada banyak bende yang boleh dimanfaatkan bila cuaca kering ni. Daun-daun kering, cahaya di bawah pokok banyak membantu dari segi props dan lighting semasa shooting.
Okey, gambar 3 rakyat masih dalam Bilik Cerah (Lightroom), kita layan dulu gambar-gambar anak kucing yang comel-lote nih….




_____
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini di atas sempurnanya majlispada 12-13 Disember 2009 dan selamat semuanya. Walaupun agak terlambat untuk dipost, saya tetap akan postkan juga bahan-bahan yang baru je diupdate untuk pasangan ini. Saya akan postkan update Cover DVD dahulu dan kemudian klip sample videonya sedikit masa lagi.
- Cover DVD -
Nantikan sample klip majlis mereka di post ini juga sedikit masa lagi… (foto by: beauty in lens)
Title Intro:
Majlis Nikah:
Majlis Persandingan:
Client: Own Collection
Event: Update gambar-gambar AIn
Venue: Batu Pahat, Johor
Gear: D300 + 50mm, Built-in Flash jer…
_____
Bosan-bosan masa tumpang menginap di rumah kakak ipar di Batu Pahat tempohari, saya pun saja-sajalah shoot kucing-kucing yang sememangnya menetap di rumah tersebut. Walaupun saya ni bukanlah peminat kucing dan alah dengan bulu-bulunya (bersin je nanti) saya gagahkan la juga untuk memenuhkan kategori yang ada dalam web kami ni. Kepada peminat kucing semua, terimalah sumbangan dari saya. Kalau suka gambar ni, download saje ler…
_____
Kami mengalu-alukan komen dari anda terhadap foto-foto/artwork yang disiarkan di blog kami ini.
Ikhlas, Khairullizam SelamatAdmin | Principal Photographer of Seri Pakis Photography
Salam… tujuan post ini adalah sekadar eksperimentasi menggunakan IR PS action untuk mendapatkan kesan khas Infra Red tanpa menggunakan IR Filter mahupun ubahsuai body kamera seperti kebanyakan jurufoto profesional ataupun amatur. Antara lain IR ini membawa kepada kita teknik dan kesan yang sangat cantik jika betul cara, masa dan teknik yang digunakan. Saya tidaklah mahir dalam format IR ini tetapi bagi anda yang ingin merasai kesan khas IR ini, bolehlah muat turun (download) action yang saya kongsikan kepada anda di perenggan terakhir post ini. Enjoy!
Download: (Infrared___PS_Actions)_____ Kami mengalu-alukan komen terhadap foto/video/artwork yang disiarkan di blog kami ini. Ikhlas, Khairullizam Selamat Admin | Principal Photographer Of Seri Pakis Photography
Event : di Majlis Perkahwinan & Resepsi (pengantin perempuan) Venue : Bandar Baru Bangi —– —–
Kami mengalu-alukan komen dari anda terhadap foto-foto yang disiarkan di blog kami ini.
Ikhlas, Khairullizam Selamatadmin | Principal photographer of seri pakis photographic
Mengambil gambar makro memang menarik jika kita mendapat subjek yang memberikan kita seribu gambar walaupun ianya hanyalah satu objek yang biasa kita jumpa dan kadangkala kita tidak memperdulikan pun kewujudannya… Dalam siri 1 koleksi makro yang saya ada ini, saya akan kongsikan bersama-sama anda dan hayatilah karya ini.
Kami mengalu-alukan komen dari anda terhadap foto-foto yang disiarkan di blog kami ini.
Ikhlas, Khairullizam Selamatadmin | Principal photographer of seri pakis photographic


















