About
Seri Pakis Marketing (SA0094240-P) telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 23 Julai 2008. Syarikat kami berstatus Enterprise dan menjalankan perkhidmatan di bawah bidang: Perkhidmatan Rekabentuk Grafik & Cetakan | Perkhidmatan Fotografi | Aksesori Wanita | Bridal | Katering. Untuk Fasa pertama ini, syarikat hanya menjalankan perkhidmatan Rekabentuk Grafik/Percetakan/Fotografi/ dan video.
Keutamaan perniagaan kami adalah memberikan perkhidmatan rekabentuk grafik untuk bahan promosi seperti brochure, flyer, kad nama, dan yang berkaitan. Kini, kami melangkah setapak lagi dalam perniagaan on-line menjual produk-produk cenderahati untuk door-gift/goodies untuk majlis-majlis keraian seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Rasmi Kerajaan/Swasta, mahupun Majlis Harijadi.
Di Sebalik Tabir
Wan Zaidah Khasbollah (Mama WanZ)
Pengarah Urusan
Bergiat dalam perniagaan aksesori wanita secara sambilan dan aktif dalam Fotografi Digital (Children Photography). Mempunyai kelayakan dalam bidang Senibina dari IKM dan kini juga selesa dengan kerja-kerja grafik dan fotografik.
Anak kelahiran Melaka dan dibesarkan dibeberapa tempat mengikut tugas rasmi bapanya sebagai seorang askar. Kini Pn. Wan sudah pun mempunyai cahayamata seramai 3 orang dan menumpukan sepenuh masa kepada kerja-kerja rekabentuk.
Khairullizam Selamat (Che Mokz)
Creative Director / Administrator
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Senilukis & Senireka Grafik dari UiTM (Melaka) dan mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang grafik. Pernah menjadi freelace untuk beberapa Majalah Kartun & Komik di Malaysia (1997/98), dan pernah juga terlibat dalam produksi drama (1999-2001). Selesa dengan kerja-kerja grafik dan multimedia dan kini cergas dalam bidang Fotografi Perkahwinan.
Anak Jati Johor tetapi tiada kena-mengena dengan Mawi, Kumpulan Spider mahupun Noraniza Idris. Heeee…..
Sistem Perkhidmatan & Faedah
Seri Pakis menjalankan perniagaan perkhidmatan fotografi + grafik (perkahwinan/majlis rasmi, dll) meliputi seluruh Malaysia dengan kos-kos tertentu yang berpatutan.
Kami menjanjikan harga yang sangat menarik dan murah kerana setiap produk akhir yang dihasilkan adalah unik dan asli mengikut kreativiti kami. Pelanggan boleh membandingkan produk kami dengan produk sedia ada di pasaran.
Premis
Seri Pakis Marketing beroperasi secara SOHO (Small Office, Home Office) yang beralamat di No 15, Jalan Ixora 1/13, Taman Ixora, 43900 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor. Segala urusan tempahan boleh dibuat terus secara online/telefon. Bagi penghantaran dalam Lembah Klang (Termasuk sekitar Sepang/Nilai) boleh dibuat secara by-hand dengan sedikit kos pengangkutan. Manakala bagi penghantaran di luar Lembah Klang, kami menggunakan Syarikat Courier bagi menjamin proses penghantaran dari pintu ke pintu berjalan dengan baik.


Sorry, the comment form is closed at this time.