24.02.2010 – Lepas je ambil 3 rakyat di Kota Warisan, kami pun terus menuju ke Wetland, Putrajaya. Tempat ni asalnya diperkenalkan oleh Paksu (Foto Impian) untuk satu majlis ringkas baru-baru ni. Tempat ni pun pernah diadaptasi oleh Si Zubaidah (rasanyalah) dari Eyes Of Grace. Memang tempat yang cantik, dengan landskap ala-ala tepi pantai… dengan bot-bot yang tersusun di gigi air, amat menambat hati saya dan Mama WanZ untuk membuat outdoor sessino di situ. Petang semalam cuaca sangat baik dan begitu membantu sesi penggambaran. Kami mempergunakan masa yang terhad untuk dapatkan gambar yang betul-betul cantik. Nasib baik juga mood Haikal (si Teddy Bear) memang baik dan banyak shot-shot yang saya rasakan sangat cantik kalau nak buat enLarge.
Kami berhabis sehingga jam 7.00 malam. Danial agak keletihan, maklumlah… balik je dari sekolah agama terus kena buat outdoor pulak. Dia pun dah malas nak follow untuk foto-session sejak akhir-akhir ni. Pemandangan sebelah petang di sini memang menarik. Dengan matahari terbenam yang kekuningan membuatkan tempat tersebut begitu romantik. Tambahan jika pada waktu tersebut sambil pekena teh tarik di restoran yang terdapat di situ… mavles!






Gambar-gambar sisipan lain:
20.02.2010 – Sepang, S.K Kota Warisan telah pun berjaya mengadakan sukan tahunannya di padang sekolah tersebut. Saya sebagai parent di mana anak saya turut menyertai acara tersebut mengucapkan syabas kepada pihak sekolah di atas kejayaan pihak sekolah mengadakan majlis tersebut dengan jayanya. Semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar khususnya dan para ibu bapa yang turut memenuhi padang begitu meriah sekali, walaupun cuaca panas.
Selaku pemerhati bebas, saya sukalah nak berkongsikan gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut berjalan. Diharap di tahun mendatang, komitmen dari seluruh warga S.K Kota Warisan dapat diteruskan dan bersama membina kecemerlangan anak-anak kita. Teringat masa zaman sekolah-sekolah dulu… hee! Enjoy…
Outdoor session di Taman Tasik Taiping dan Kuala Perlis. Saya adaptasikan sesi fotografi kepada klip video.
Ada sesuatu yang menarik dalam klip ini, di mana pasangan pengantin ini sanggup memanjat dahan yang berjuntai di atas permukaan tasik. Jangan lupa tengok di bonus track di akhir video. To Hafiz & Nur Pesona, kredit la untuk korang sebab berjaya untuk kali kedua shooting di tempat tersebut.
Salam sejahtera. Seperti yang dijanjikan, seripakis mempersembahkan Klip video Wira & Nurul – Episod 2. Jika berminat dengan hasil kerja kami, jangan malu dan segan untuk menelefon kami (Khairul) di 019-284 8084.
Assalamualaikum,
Malam semalam telah diadakan satu majlis ringkas penyampaian hadiah “My Best 50mm …” Januari 2010″ yang dianjurkan oleh Group Foto Impian, bertempat di Wetland Putrajaya. Saya sebagai second cameraman nak mengucapkan tahniah kepada En. Imran Abdul Jabar (owner Sifoo.com) kerana telah mengungguli pertandingan tersebut untuk Bulan Januari. Saya selaku sekutu “Foto Impian” turut mengalu-alukan penyertaan dari semua peminat fotografi di Malaysia untuk menyertai pertandingan ini untuk sepanjang 2010.
Cerita kedua pula, petang semalam akhirnya berjaya juga Mama WanZ mengupdatekan koleksi lensanya dengan menambah satu lagi (24-70 1:2.8) yang sememangnya berguna untk kerja-kerja mengshoot potrait wedding mahupun children.
Sajelah nak preview hasil tembakan menggunakan D80 + Sigma 24-70 untuk testing. Body D300 saya “merajuk” semasa Majlis di rumah Wira dan Nurul tempohari… huhuhu!

Assalamualaikum…
12hb hingga 14hb merupakan perjalanan yang agak jauh. Ramai yang bercuti pulang ke kampung halaman. Saya pula bertugas menyempurnakan amanah pasangan Wira & Nurul di Bagan Serai, Perak dan Kuala Perlis. Memang menyeronokkan sebab banyak footages jurnal yang dapat saya rakamkan sepanjang tiga hari di sana. Banyak acara yang menarik dapat diabadikan, terutamanya semasa sessi outdoor di Taman Tasik Taiping. Hafiz Pesona telah membawa kami ke tempat yang agak mencabar iaitu di satu pohon yang dahannya berada di permukaan tasik. Kedua pasangan ini sanggup menerima cabaran untuk bergambar di atas dahan tersebut di mana risiko terjatuh ke dalam tasik amat besar sekali. Alhamdulillah, segala yang dirancang dapat disempurnakan. Tunggu klip tersebut ya!!!
Untuk kali ni, saya sediakan klip Episod 1 – Fitting dan makeover di Butik Anjung Amie. Pengalaman pertama juga bagi saya dapat membuat shooting dalam butik tersebut. Amie dan rakan-rakan pun memang sporting dan natural habis sepanjang penggambaran tersebut. So, enjoy klip ini dulu eh… see ya!
—
Atau klik Version YouTube
Dah tonton siri 1 dan 2 rombongan cik kiah ke Bukit Fraser? Jom kita layan pula gambar-gambar yang sempat Mama WanZ ambil. Dan macam biasalah… model-model free tu gak le yg menghiasi cerita kita pada masa tersebut… layannzzz!


