Event: Menghabiskan masa yang terlebih
Venue: Bukit Melawati, Kuala Selangor
Jobs: Travel photography _____
Hari Jumaat (01.01.2010) ada job video di Tg. Karang, Selangor. Saya memulakan perjalanan seawal jam 9.00 pagi, event pada jam 3.00 petang. First time bergerak dari Bandar Baru Salak Tinggi… takut terlambat nanti. Saya meneruskan perjalanan menggunakan laluan Kepong (lebih mudah, straight jer) dan sampai di Kuala Selangor sekitar jam 11.00 pagi. Aiseh! Awal lagi ni… mana nak lepak? Ternampak pulak signboard Bukit melawati. Haa… try masuk la cari footages apa-apa yang best. Kali terakhir saya pergi ke tempat tersebut ketika umur saya 12 tahun kot… lama dah!
Mulanya nak naik keretapi yang disediakan di area parking lot tu, (Dipanggil TREM – Dewasa RM3.00) tapi tengok-tengok balik… jalan kaki la best. Banyak gambar boleh ambil sepanjang nak sampai ke puncak. Banyak betul perubahan yang berlaku di situ. Lebih menarik dan bersih. Yang bestnya, hidupan liar yang jinaknya di sekitar bukit tu. Monyet-monyet yang berkeliaran di situ tak takut lagi dengan manusia, malah boleh merampas makanan lagi tu di tangan mereka-mereka yang sedang memberi makanan. Yang memanjat ke badan pun ada…
Saya pun ambillah beberapa lanskap, Trem dan apa yang rasanya saya boleh berkongsi dengan anda semua. Tempat bersejarah ni memang menarik dan sesuai untuk membawa anak-anak kita ke sana. Banyak tempat-tempat yang boleh dilawati di atas sana untuk mengenali lebih jelas apa yang berlaku di masa lampau dahulu. kemudahan yang disediakan pun banyak dan tip-top!
_____
Kami mengalu-alukan komen dari anda terhadap foto-foto/artwork yang disiarkan di blog kami ini. Ikhlas; Khairullizam SelamatAdministrator | Principal Photographer of Seri Pakis Photography














