Client: Own Collection
Event: Update gambar-gambar AIn
Venue: Batu Pahat, Johor
Gear: D300 + 50mm, Built-in Flash jer…

_____

Bosan-bosan masa tumpang menginap di rumah kakak ipar di Batu Pahat tempohari, saya pun saja-sajalah shoot kucing-kucing yang sememangnya menetap di rumah tersebut. Walaupun saya ni bukanlah peminat kucing dan alah dengan bulu-bulunya (bersin je nanti) saya gagahkan la juga untuk memenuhkan kategori yang ada dalam web kami ni. Kepada peminat kucing semua, terimalah sumbangan dari saya. Kalau suka gambar ni, download saje ler…

_____

Kami mengalu-alukan komen dari anda terhadap foto-foto/artwork yang disiarkan di blog kami ini.

Ikhlas,
Khairullizam Selamat

Admin | Principal Photographer of Seri Pakis Photography

Client: Zamri & Ana
Event: Majlis Pernikahan
Venue: Parit Kuari, Batu Pahat, Johor
Jobs: Pakej Foto & Video
_____

Tahniah buat pasangan ini di atas sempurnanya Majlis Pernikahan yang telah diadakan pada 20 Disember yang lepas. Kami di Seri Pakis amat berbesar hati dapat bersama-sama meraikan kegembiraan tersebut. Insya Allah kita akan bertugas semula pada Februari 2010 nanti…

_MOK8768

_MOK8769

_MOK8834_wan

_MOK8837_wan

_MOK8880_wan

_MOK8893_wan

_MOK8948_wan

_MOK9010_wan

_MOK9040_wan

_MOK9052

_____

Kami mengalu-alukan komen dari anda terhadap foto-foto/artwork yang disiarkan di blog kami ini.
Ikhlas;
Khairullizam Selamat

Administrator | Principal Photographer of Seri Pakis Photography

Alhamdulillah, sempena tahun baru 2010 ni, kami berharap perkhidmatan video kami semakin berkembang dan berpotensi untuk ke level tertinggi (kalau boleh sama kualiti persembahannya dengan drama/filem pendek). Oleh itu, sebagai langkah memperkenalkan dan meluaskan lagi Brand SeriPakis ini, kami telah menghasilkan Logo Montaj yang baru sesuai dengan penerbitan ala-broadcast.

Diharap trademark ini akan mudah diingati oleh pelanggan terdahulu dan dipanjangkan kepada bakal-bakal pelanggan yang lain nanti. Insya-Allah…

Assalamualaikum! kami kembali lagi dengan promosi terkini Pakej Video 2010 yang menawarkan harga yang berpatutan dan produk yang berkualiti. Lihat promosi seperti berikut:

PAKEJ 1

  • Location : Reffer
  • Event: Persandingan / Bertandang (1 hari majlis berlangsung)
  • 1 Videographer & 1 (3CCD Digital Video Camera)
  • 5 Hours of Event Coverage
  • RM699.00

Material for Client

  • 1 Special Music Video (Lagu pilihan pengantin)
  • Duration: 45-60 minute
  • Edited video & Menu item on DVD
  • 1 set Master DVD (Full Color Printing)
  • FREE : 2 set copy DVD

—————————————————————-

PAKEJ 2

  • Location : Reffer
  • Event: Akad Nikah + Resepsi ( sesuai untuk majlis 2 hari yang berturut atau berselang sehari)
  • 1 Videographer & 1 (3CCD Digital Video Camera)
  • 5 + 3 Hours of Event Coverage
  • RM 899.00

Material for Client

  • 1 Special Music Video (Lagu pilihan pengantin)
  • Duration: 45-60 minute
  • Edited video & Menu item on DVD
  • 1 set Master DVD (Full Color Printing)
  • FREE : 2 set copy DVD

—————————————————————-

PAKEJ 3

  • Location : Reffer
  • Event: Engagement
  • 1 Videographer & 1 (3CCD Digital Video Camera)
  • 5 Hours of Event Coverage
  • Rm 399.00

Material for Client

  • 1 Special Music Video (Lagu pilihan pengantin)
  • Duration: 45-60 minute
  • Edited video & Menu item on DVD
  • 1 set Master DVD (Full Color Printing)
  • FREE : 2 set copy DVD

—————————————————————-

TAMBAHAN:

Add-On:

  • Malam Berinai = RM100
  • Persalinan = RM50
  • Outdoor = RM150
  • Khatam Al-Quran/Marhaban = RM100
  • Unedited RAW Video = RM100

Booking deposit sebanyak RM200 diperlukan. Baki 50% dari jumlah terkini hendaklah dibayar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum majlis, dan bayaran akhir hendaklah dijelaskan semasa penyerahan produk. Pelanggan akan diberikan borang kontrak sebagai perjanjian kedua belah pihak.

Outstation di luar Lembah Klang:

  • Transportation charge will be add including tol & petrol current rate
  • Hotel: RM50-Rm150
—————————————————————————————-
Tawaran dibuka bermula 1 Januari 2010, sepanjang tahun, dan nikmatilah perkhidmatan yang terbaik oleh kami disamping produk dan coverage lebih masa tanpa caj tambahan. Pastikan anda membuat tempahan awal bagi mengelakkan pertindihan tarikh dengan pengantin lain!

Dalam penerbitan video oleh kami, Doa pengantin adalah menjadi salah satu montaj yang ada di intro video tersebut.


Sample Doa Pengantin

==================================

Doa untuk “Pengantin Baru”.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon

Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini

Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah

Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah

Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik

Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali

Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu

Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh

Anak-anak yang menjadi amanah

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah

Zuriat yang soleh solehah

Dan agar berkekalan mempelai ini

Sehingga ke dalam syurga

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Teguhkan iman kami

Mantapkan aqidah kami

Mudahkan urusan kami

Murahkan rezeki kami

Halalkan makan minum kami

Berkatilah kehidupan kami

Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam

Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu

Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ampunkanlah dosa kami,

Dosa kedua orang tua kami,

Dosa ahli keluarga kami

Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa

Baik yang zahir mahupun yang batin

Yang kecil mahupun yang besar

Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah

Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu

Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam

Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya

Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini

Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru

Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora

Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang

Amin Ya Rabbal Alamin.

Client: Own Collection
Event: Update gambar-gambar AIn
Venue: Batu Pahat, Johor
Gear: D300 + 50mm, Built-in Flash jer…

_____

Alhamdulillah, 18 hb yg lepas dapat balik ke kampung lagi. Kali ni menyempurnakan kerja-kerja kami mengambil gambar (foto & video) pernikahan Rohana & Zamri di Kg. Parit Kuari, Parit Raja Batu Pahat, Johor. Jadi, sempat jugalah tinggalkan anak sulung saya (Danial) di rumah sepupunya di Batu Pahat. Dah kebetulan di sana, saya updatekan gambar Ain yang terkini, anak kecil yang comel dan mempunyai ekspresi wajah macam orang takde perasaan. Wajah selamba dan bersahajanya membuatkan saya senang nak shoot tanpa banyak ragamnya…

_MOK8682

_MOK8683

_MOK8695

_MOK8688

_MOK8689

_MOK8698

_MOK8696

_MOK8705

_MOK8706

_MOK8707

_____

Kami mengalu-alukan komen dari anda terhadap foto-foto/artwork yang disiarkan di blog kami ini.

Ikhlas,
Khairullizam Selamat

Admin | Principal Photographer of Seri Pakis Photography

This site is protected by WP-CopyRightPro